Followers

cara-cara kekalkan mental yang positif..meh kongsi2.

assalamualaikum...

sebenarnya aku nak kongsi-kongsi dengan kowang..
tentang apa yang aku belajar dalam subjek mental..
camna caranya nak elakkan dari terjadinya gangguan mental.
jom baca..tak nak??ok..tiada paksaan..

1. perlu ambil makanan yang seimbang

2. dont forget..amalkan tidur yang cukup ye

3.luahkan perasaan yang terbuku..& jangan pendam-pedam k..

4. kena banyakkan bersabar

5. yang penting..berfikir sebelum bertindak

6. kena ada tolak ansur

7. perlu terima kritikan dengan hati yang terbuka

8. pupuk rasa kasih sayang dan kepercayaan dengan orang sekeliling

9. hargai kemampuan diri sendiri

10. perlu terima kenyataan bahawa kita tak terlepas dari melakukan kesilapan..
*tapi jangan la terus-terusan wat silap k?

11. cuba legakan perasaan dengan :

-rehat
-senaman
-rekreasi

gegaran

assalamualaikum...

firstly...aku nak sorry-sorry ngan kowang..
sebab buat kowang-kowang yang singgah blog niey rasa
ish...apa minah niey..blog kosong xberhupdate.
hey3..malehhh la nak singgah dah.
jangan..jangan...jangan  tak singgah..singgah la..
hope kowang jangan bosan masuk blog aku yang jarang berhupdate niey ehh..
huhuhu..sangat la berkecil hati..gara-gara xda peminat yang nak singgah.
hohoho...terlalu overdose kurasakan.

dah3..jangan nak merapu rapu cik intan!
aku sekeh kang free-free ja ilang gigi.
ok fine..sebenarnya aku nak cita sesuatu kat kowang..
petang tadi masa diriku ini sedang leka bersembang serba serbi
dengan cik nana & cik wafa aku terasa satu gegaran..
tapi buat-buat cool sebab tak da tanda-tanda pown yang diowang niey
nak tanya sesuatu...
dalam hati aku niey macam-macam anggapan yang kua..
''ish...awat pening..rasa macam bergoyang pown ada..
hurm..perasaan ja kowt...tapi..aku yang duduk xbetol kowt..
xda pa2 la..(ayat nak sedapkan hati..)''

tak sampai beberapa minit lepas tu,
adik aku call..dy tanya ada rasa gegar tak tadi?
aku pown automatik bagi taw kat dy..
yang aku pown rasa..tapi dok ingat tu cuma perasaan aku..
huhuhu...siyes takowt..

balik ja dari umah cik nana..aku masuk bilik..
tak sempat pown nak simpan barang..
roommate aku tanya..weyh ang rasa tak gegaran?
heboh la...dy bagitaw aku yang mulanya dy
ingat membe yang sorang tu goyang katil dy..
hahahaha..langsong tak boleh blahh...
kesian si kakak jadi mangsa.

tapi..apa-apa pown...
tu satu peringatan..


accident & emergency unit..

assalamualaikum....

hari first masuk a&e unit tu...siyes tak taw apa-apa..
mula-mula masuk wat muka tak malu..
tercengang-cengang tengok hencik MA yang ada kat asthma bay tu..
nak tanya sesuatu tapi malu..adoihhh..
hencik MA yang perasan kewujudan aku and kekawan kat situ,
dengan muka selambanya..
memulakan bicara..
''adik tunggu apa kat situ??masuk la..meyh tulis nama kat buku niyh..
dok tengah-tengah laluan tu..nak jadi penyambut tetamu ka??''

ish3...malunya...malunya....
mana kami taw..first time kowt..masuk citu..
macam rusa masuk kampung gamaknya kan.
huhuhu...siap tulis nama kedatangan tu,
kitowang pown masuk la mencari arah tujuan
yang sepatutnya..untuk ari first tu aku ditugaskan kat red zone
dimana suma prosedur kat situ kena buat dengan cepat and segera.

memang pengalaman yang tak leyh nak bayang..
sowang pakcik niey..masuk dalam keadaan tak sedar.
doktor n staff nurse masing-masing kelam kabut
prepare untuk buat cardiopulmonary resuscitation(CPR)
memula tu semangat gila nak buat...
tapi apakan daya...ada sesuatu yang membuatkan aku
kecik atie..onthespot menyepoillkan feeling aku..
dengan ayat yang betol-betol menusuk ke kalbu.

''hey..you kalau nak buat,kuat-kuat la sikit!
macam orang tak makan tu kenapa??
berdiri atas board tu!you tu bukannya cukop ketinggian sangat.''

siyes aku sensitif bab ketinggian niyh..
lagi satu aku bukan tak nak buat kuat-kuat.
aku tak sampai ati...sebab pakcik tu dah berusia..

tapi tak pa la kan...aku kena terima...
sebab aku student..and niat nak belajar.
cari pengalaman..

apa-apa pown,aku betol-betol
mengharap yang aku boleh lalui pembelajaran
niyh dalam masa seminggu lagi...










night shiff --> penuh misteri..

assalamualaikum...

hai3 suma..first time keja malam...
siyes..penat duduk...mata mengantuk..
hahaha..sampai wad,wat observation macam biasa
check dxt a.k.a check paras gula dalam darah
abis suma keja tu..
wat round ala-ala doktor..
semestinya tawaf 1 wad kan..

keja malam niey berbeza dengan kerja siang taw.
siang lebih busy dari malam kowt..
tapi bagi pandangan aku la..owang lain maybe berbeza
pandangan dengan aku..

okeyh3...nak dijadikan satu cerita,
masa mata aku tengah sayu bak bunga
morning glory di waktu malam,
aku terperasan maybe...
kelibat doktor..lalu kat belakang aku.




masa tu jam menunjukkan pukul 3.30 pagi
bila dah terperasan tu,aku pusing la tengok..
but sebenarnya takda sesapa..
fine...aku buat-buat tak tawu.

dalam pukul 3.40 camtu..membe aku ajak g toilet.
aku on ja..lagipown time tu takda benda nak buat.
kua ja dari wad tu,makcik guard tanya..
''adik!nak g mana tu?''

kitowang yang terkejut kucing niey..




takut-takut la nak jawab...huhu
kena sergah...naseb tak terkucil kat citu.
bila dah cool cikit,kitowang pown bagitau
kat makcik guard tu..
''kami nak pi toilet makcik....napa?''

dialog:
makcik guard: haa..tak pa la...pi 2 owg...jangan pi sowang-sowang.
aku & membe: awat makcik?dok wat suspen ja..
makcik guard: takdak pa la..pi cepat!satgi balik wad terus..jangan pi melencong.
aku & membe: ok2..

dekat toilet..mula terfikir bukan-bukan.
''yang lalu kat wad tadi sapa??hurm...
awat makcik tu cakap camtu??ish3
jangan fikir...jangan fikir..''

dalam perjalanan dari toilet ke wad,
masing-masing fikiran bercelaru..
dua-dua diam membisu..
dalam hati..
''mesti dy tengah fikir sama macam aku fikir''
tiba-tiba...bunyi lif bergegar..then,
pintu lif terbuka...
makk aaiii...meremang bulu roma..
masing-masing pucat lesi..
apa lagi!lariiiikkk...

hahaha...paling tak bleyh blahh..
doktor yang kua dari lif tu gelakkan kitowang...
siyes bongokss..takut jangan kata la kan.
masuk dalam wad tu...
masing-masing gelakkan diri sendiri..

tapi doktor dalam wad tu??
halusinasi atau realiti??
abaikan...

moral of the story...jangan fikir benda ngarut-ngarut tengah-tengah malam.