Followers

BAHASA ISYARAT PART-1


assalamualaikum...

kalau korang ada baca entry aku yang lepas,
entry pasal betapa rumitnya nak berkomunikasi dengan diowang niey...
bila aku sendiri tak reti and tak faham apa yang diowang nak sampaikan

so,disebabkan kesukaran tu,aku pown amek la
peluang untuk belajar..study ala-ala nak 
amek exam penentu masa depan tu kan...
lalala...

orang cakap tak salah mencuba..
biar salah sikit-sikit...
yang penting kesudahannnya!
ada peningkatan..kann...

sambil-sambil rehat niey kan..
meyh aku kongsi sikit-sikit dengan korang..
apa yang aku pinjam dari hecik google
untuk tambah ilmu aku..
dalam belajar bahasa isyarat nie...
sekurang-kurangnya,boleh jugak membalas sepatah dua
bila terdesak nanti kan...
hahaha..

HURUF

ANGKA

UCAPAN RINGKAS

ASSALAMUALAIKUM
Tangan kanan 'A' sambil ibu jari dikenakan pada tepi dahi kanan lalu digerakkan ke depan.


WALAIKUMSALAM
Tangan kanan 'W' sambil jari telunjuk dikenakan pada tepi dahi kanan lalu digerakkan ke depan.

HELLO
Tangan kanan 'B', hujung jari dikenakan pada tepi dahi kanan lalu digerakkan ke depan.


SELAMAT PAGI
Buat isyarat "selamat", kemudian buat isyarat "pagi"


SELAMAT TENGAH HARI
Buat isyarat "selamat", kemudian buat isyarat "Tengahari"

SELAMAT MALAM


Buat isyarat "selamat", kemudian buat isyarat "Malam"



MAAF
Tangan Kanan 'A' pada paras dada, buat satu bulatan di atas dada.

TAHNIAH
Kedua-dua belah tangan digenggam dan digoncangkan sedikit.

TERIMA KASIH


Tangan kanan terbuka dengan tapak ke dalam lalu dikenakan pada bibir dan digerakkan ke depan.


SAMA-SAMA


Tangan kanan 'Y', lalu digerakkan ke depan dan belakang.

JUST SHARING...









alkisah bahasa isyarat!

Assalamualaikum….

Pernah tak korang berhadapan dengan seseorang
Yang bisu dan pekak?
Dalam perkataan lainnya..
Orang yang tak boleh bercakap dan mendengar

Actually…dulu masa zaman sekolah aku..
Pernah jugak ada niat nak
belajar bahasa isyarat..tapi just
hangat-hangat taik ayam ja…
dah isi nama dalam kelab tu,tapi tak pernah
langsung la cik intan niey menghadirkan diri..
dengan alasan segan la nak pi..
tak dak kawan nak teman.
So,niat tu terkubur camtu ja…

Aku rasa…start aku kerja dekat koperasi tu,
Sampai sekarang,ada 2-3 benda ja yang
Aku boleh tangkap bila budak-budak tu
Guna bahasa isyarat dengan aku..

Huhu..kadang-kadang rasa menyesal pulak
Tak maw belajar dulu..tak rugi pown kan??
Ada jugak gunanya masa akan datang camniey..huhu

tapi ada la sikit-sikit yang aku belajar..
dari anak cikgu yang jadi peneman aku kat koperasi tu..
kadang-kadang rasa kesian pulak kat dy..
sebab aku tak faham apa yang
dy nak sampaikan kat aku…

tapi tak pa…aku pown dalam proses pembelajaran..
orang cakap..sikit-sikit lama-lama jadi bukit..
tak gitu? Harap-harap lepas niey
boleh la aku berkomunikasi dengan diorang..

niey ada benda yang aku nak share..dengan korang..
pic hasil godekkan cik google..



















jenis-jenis kawan

assalamualaikum...

selamat pagi kengkawan suma..
meyh kita mulakan hari dengan senyuman yang 
menawan dan tertawan..
huhu..

okey la2..aku just nak share 
pe yang membe aku share kat cinta muka buku!
meyh baca..meyh baca...

10 Jenis Kawan..

1. kawan chipsmore - kawan macam ni sekejap ada, sekejap tak ada. ade perlu dia muncul, takde perlu dia hilang. Hairan juga dia pergi mana. Kena tangkap dengan bunian ke?
2. kawan buaya - dia ni macam buaya.. suka makan orang.. kawan makan kawan atau tikam belakang.

3. kawan perfume - time wangi je dekat dengan kita, time busuk menjauh *time senang ada dengan kita, time susah dia hilang.
4. kawan pisau - mulut dia tajam mengalahkan pisau sampai kita pun takut nak cakap lebih² dengan dia. tak amanah!

5. kawan chocolate - adeh! mulut dia manis gila mengalahkan coklat. depan baik, di belakang.. Tuhan sja yg tahu.. Dia pakai ilmu apa?
6. kawan kayu - dia ni mcm tunggul. Orang cakap apa pun dia buat derk je. kadang² langsung no respon.
7. kawan span - Seorang yang bersopan-santun. Suara pun ayu je, sedap telinga mendengar. tiap kata² yg keluar dri mulutnya.

8. kawan duri - dia ni jenis suka sakitkan hati kita.. so, dia ni adalah salah satu dari spesies duri di dunia.

9. kawan kaunseling - yang ni elok untuk di jadikan kawan, sentiasa ingat-mengingatkan kita tentang kebaikan.

10. kawan ibu - sebijik macam ibu kita! selalu ada tika kita susah dan senang. Kawan macam ni la yang semua orang nak..

#jeng..jeng...jeng... human being..that's we call life...karma never lie (^_^) just sharing is caring...aha :P

hari pertama kerja

assalamualaikum...

memandangkan aku dah kebosanan
 dan ketandusan idea
untuk beristirehat kat rumah,
dalam jangkamasa yang boleh tahan lama!
2 bulan lebih dah cukup buat aku jadi makin sihat walafiat.
memang tak tahan la camtu kan..

so,untuk menghilangkan kebosanan aku tu..
mak soh aku keja dengan cikgu untuk sementara waktu!
memandangkan cikgu dah mintak tolong my mum cari orang,
aku pown dengan rela hatinya terima tawaran tu..
JAGA koperasi sekolah..
SEKOLAH aku yang tercinta dulu-dulu tuh!

hari first jaga koperasi,
layan macam-macam karenah adik-adik
yang disayangi niyh..haha...
boleh tahan mencabar dan tercabar!
apakah?huhu..

macam-macam perangai ada..
huisyyhh...yang paling tak tahan sekali
bila da sowang adik niyh..
panggil aku MAKCIK!
hahaha..macam nak pecah perut aku tahan gelak..

adik: kakak..makcik..nak delio dengan ayaq kotak..

aku: hahh?(muka terkejut arnab~~pastu senyum2)

adik: (terkebil-kebil) ehh..kakak..makcik..ehh..(garu-garu kepala)

kekawan si adik: oii! kakak la..ang pening pa!sat kakak sat makcik

adik : sory3..kakak..hehe..nak delio dengan ayaq kotak..

aku: hahaha..xpa..muka kak nampak mcm makcik ka dik?
alamak...tapi muda lagi niey..(sambil gelak geli hati n terus amek barang)

tu baru yang panggil MAKCIK..
belum lagi yang panggil CIKGU!
hahaha...lawak-lawak...xtahan aku...

adik 2: cikgu..nak tanya boleh?

aku: gulp! ehh..kak bukan cikgu la dik...

adik 2: ehh..pastu?(muka dah merah)

aku: kak jaga koperasi nie ja...
cikgu xdak la dik..dia ada kelas..

adik 2: alamak...hehehe..ok3..

macam-macam ragam..
aku sampai xtahan nak gelak dok citu.
sowang...sowang..adik-adik tu mai kat aku..
pastu cakap..kakak...kakak niey comeyy la..
aisyhhh..malu3..
gedik xkira dah masa tu..
perasan comeyy sat.
tak pa kan...hahaha..cukup3