Biodata dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.A.W
BIODATA RASULULLAH S.A.W:
1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W:
USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.
USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.
Followers
bila kerajinan menjelma!
assalamualaikum...
hai!!!!arini tetiba pulak i terajin nak hupdate blog..huhu
ntah nape la..
aku rasa cam busy sangat-sangat sebelum niyh!
huh!dasar budak terlebih iron M!
okey la...sebenarnya aku rajin sangat2 weyh..
ari-ari amek lappy,buka blog!
intai sana..intai sini...
buat aktiviti terjah menerjah..
then,nak tulis sesuatu..
terlupa...
|
v
sign out!
dan..dan...hari niey!
virus M! pergi kau jauh-jauh!!
aku rajin niey..jangan cuba-cuba nak
mematahkan serangan...
majok-majok kang...haaa
okey la...takmo la merapu panjang2..
aku just nak tunjuk sesuatu..
yang aku buat masa aku betul betul betullll
RAJIN!
tadaaa...
aktiviti menghabiskan kertas2 di rumah!
cantik tak???kalau cantik....
meyh2..angkat kening ramai2!
hahaha..melampau..intan gedik okes
okey2...cukup...love untuk suma..
amek sorang satu taw..
intan bg free..lalala
cuti-cuti time...
Assalamualaikum….
Cik gayah a.k.a cik intan senget in da house!!
Waa..lama betoi cik gayah tak hupdate
Blog ku sayang niey..kan??
Bajet busy body yang teramat sangat..
Padahal sibuk dengan urusan
Menternak lemak-lemak tepu untuk
Tumbesaran badan!
Fuhhh!sungguh daku tak rela dengan xtvt seperti
itu..
Tapi apakan daya..ku teruskan jua…
Haiipp!!cukup3…jangan nak merapu tak tentu hala
Wahai cik intan!
Okey la…aku serius niyh!
Jangan kedip mata! jangan senyum!
Serius..serius..serius!
Haa….actually aku just nak story mory pasal
Xtvt cuti sekolah yang menyetresskan jiwa
daku..
Hahaha…sengal..adik2 cuti sekolah..si kakak
Juga begitu! Menghabiskan masa cuti sementara
Tunggu time adik2 nak beli buku kan..
Time tu koperasi sekolah baru buka,
Baru ada kerja…
Lalala… nak tunggu kerja yang sepatutnya,
Macam lambat lagi nak membuahkan hasil..
So,still waiting for that job!
Kerja cepat la dapat…cepat la dapat…
Dah meroyan sorang-sorang bila fikir pasal
kerja..
Sudah..cukup..cukup sudah…hahahaha..
Okey!abaikan soal kerja,
Kita reverse balik ke tajuk buletin utama..
Cita pasal xtvt aku a.k.a cik intan or cik
gayah
Or whatever buat bila menjangkau tahap
kestresssan
Di waktu cuti!
Selepas dah selesaikan apa yang sepatutnya…
Jeng----jeng----jeng!!!!
|
|
|
V
1) menyanyi melalak tak tentu hala sampai
Mrs mummy cakap aku sewel…
2) ajak adik aku gi jenjalan time weekend..
Sebab time tu ja yang dy ada!
Hari-hari lain terperap kat bilik sampai
Cemuihhh!!
3) ngadap tv sampai naek juling biji mata..
Tak pon dengar radio pastu touching
sorang-sorang.
Tu tahap sengal yang melampau..
4) tadaaa…buat origami!
Yang kiut miut!
Bajet yang aku buat niey sangat ohsemm..
Tapi sebenarnya..Cuma sipi-sipi ohsem ja..
Hahaha..mula ferasan sendiri..
syiokkkkk sendiri wooo..
Meyh..jemput tengok yang biasa-biasa ini!
okey cukup...
daaaa...
selami hati wanitamu
Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"
"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"
Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"
Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "
"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."
"Kau tahu kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."
"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."
Subscribe to:
Posts (Atom)




.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)