Followers

dinner perpisahan batch after exam lembaga jururawat malaysia

assalamualaikum...

dah lama betol aku tak update blog niyh..
memandangkan minggu-minggu sebelum niey
busy dengan study yang tak berkesudahan,
masing-masing mentelaah segala buku
yang ada depan mata..
bukan belakang mata taw.hehe

DAN 13 june tu..
sampai la batch 13 ke garisan penamatnya..
habis segala yang tersemat kat kepala tu
diperah-perah macam perah baju..wuisshh
sengal gila...masing-masing tegang urat kepala
huhu...3 tahun belajar..
just guna masa 2jam setengah untuk jawab 100 soalan.

dengan tamatnya exam tu..

maka tamatlah sudah pembelajaran
kat kolej tercinta tu..

petang tu masing-masing dah kemas barang..
then bersiap untuk ke royal bintang kat seremban
sempena majlis perpisahan group kami..
sedih sangat..wuwuwu..

macam-macam persembahan yang diowang atur..
memang best..yang paling tak tahan..
aku dapat hadiah cabutan bertuah..
terbaikk la kan..
walaupun kecik tapi bermakna.

pic masa dinner tuh..












nie ja yang mampu pown kan..
hehehe..adiouss
xtau la bila pulak boleh update blog tercinta niey.

bila dah hilang concentrate..


assalamualaikum...

macam yang dah sedia maklum..
exam LJM dah menanti-nanti ja aku n the geng..
makin dekat..makin mendebarkan jiwa.
study...study.....study...
sampai demam-demam ngadap buku...

dari pagi ke petang study...
balik hostel...rehat kejap lepas tu ngadap buku lagi.
mak aiii...tu la ubat dy..
nak lulus exam..

bila dah letih study...kepala pown dah xleyh nak
tima input...niey la keja aku..
untuk kurangkan kecelaruan minda..
nak tengok??

aku buat bunga kertas niyh..


niey la hobi aku...
buat apa yang aku minat..
baru la kurang sikit kekejangan pemikiran..hahaha

nak cuba??meyh cini cikgu ajar..
rasa puas bila hasilnya memikat hati..

mula-mula...potong kertas segi 4 sama...
tak kisah..bergantung pada size bunga yang korang nak..
guna 2 warna taw...untuk hasil yang memikat hati..

jadikan kertas tadi depan belakang k..
then lipat supaya jadi tiga segi..
aku guna pink & purple taw..
kalau korang nak bunga tu warna purple,
pastikan yang pink kat bahagian dalam k..



ok..lepas jadi 3 segi tadi,
korang lipat kertas tadi supaya jadi camniey..
boleyh ikut x murid2 cikgu??
hehehe..try3..

dah lipat kertas tu ke belum??owh dah..
ok..amek satu bahagian..
then,lipat macam gambar kat sebelah tu...
ulang langkah tu kat semua sudut taw..

bila dah siap lipat semua sudut tu,
korang lipat  pulak kat bahagian yang tertonjol warna pink tu
macam kat atas...haa..camna nak cita ntah...
agak2 korang bleyh ikowt tak apa yang den terangkan niyh??
ulang langkah yang sama taw..untuk suma bahagian..



bila dah siap semua kat ats tu...
cari bahagian yang kosong macam kat atas tu..
pastu lipat macam gambo sebelah tu taw...
sama jugak...untuk suma sudut..
bila dah siap...bukak kelopak bunga tu ek...
hehe..

taadaaa...

unit psikiatrik (psy)

hai semua..how are you today??
hehe...speaking plak aku niey..
sebenarnya ada cerita yang nak aku kongsi
dengan korang..

al-kisah sepanjang keberadaan aku di unit psy aritu...
bukan sebab aku tak sihat dari segi mental or fizikal,
but untuk tengok
camna sebenarnya keadaan patient kat dalam tu.

sebenarnya kebanyakan dorang niey dalam
kategori masih muda..
lingkungan 40-an camtu la..

hari first aku kat ward tu...
timbul perasaan takut kalau-kalau
patient buat sesuatu yang tak dijangka..
mana taknya...otak ligat membayangkan apa yang kitowang belajar...
kadang-kadang patient akan bertindak di luar kawalan..
confirm la takut kan..

pagi tu kitorang masuk klinik...
assist doktor masa patient gi untuk follow up..
macam-macam ragam yang aku jumpa..
ada yang bercakap tanpa henti..sebab terlalu banyak idea
halusinasi..paranoid...ada yang sedih..pastu happy..
yang ketuk meja doktor sebab tak layan dia pown ada.
haaa..memang macam-macam la..

berbeza dengan situasi membe aku...
time dekat occupational therapy..
ada patient yang baru balik dari bercuti..
mengganas...ditendang-tendangnya patient sowang niyh..
patient tu langsung tak melawan..stupor..

hari kedua tu..kitowang just stay kat ward..
sebab tak da sesi klinik..
so,masing-masing duduk dalam tu..
tak da kerja..
patient masa tu cuma ada 3 orang..
suma tido..lepas mengamuk..
putus asa sebab doktor tak bagi balik..
huhu...sampai petang kowt..

bila dah masing-masing letih tido..
diorang bangun mandi..hehe..
time tu da sowang makcik niey baru sudah mandi.
staff nurse pown suruh la aku tanya makcik tu..
kenapa tak pakai baju..

cewah..aku yang konon-konon berani niey..
tanya dia camniy..
''makcik..kenapa tak pakai baju niey...''
3 kali aku tnya soklan yang sama..
tak berjawab...masuk kali ke-4..
terkejut beruk aku...kena jerkah dengan dy..
'' ishhh!!! satgi aku pakai la!!''
mak aiii grang betul..
haha..amek kau...tu la..lain kali
jangan tanya banyak-banyak kali...
kan dah kena fire!

haa...nak dijadikan cerita...
lagi beberapa minit kitowang nak habis shift,
tiba-tiba sowang makcik niey kua dari bilik dy..
makcik tu cakap camnie..kat aku..
''oii..aku nak balik oiii!''
pastu dy terus gi kat pintu gate depan...
goyang-goyang grill..

lama dy wat camtu...agaknya dah tak tahan...
terus dy mengamuk...nyaris membe aku kena
pukul dengan makcik tu..huhu..
tragis kowt...membe aku tu dah pucat gila..
punya la terkejut dengan tindakan mengejut makcik tu..
waktu tu memang staff nurse terpaksa restrain dy..
then bawak dy masuk bilik..

bila kitowang masuk ward tu keesokkan hari tu,
makcik yang agresif tu diam ja..
dua patient lagi tu masing-masing dah nmpak perubahan..
dah boleh duduk sekali ngan kitowang..
nak bercakap..sediyh pulak tengok..

tak da pown orang gi tengok makcik makcik tu..
hurm..
apa-apa pown tu suma pengalaman kan..





nurses day..♥♥


assalamualaikum...

12 mei 2012..
best yang tak terkira..coz dapat merasa
sambut nurses day kali yang ke-3
sepanjang jadi seorang student nurse niey kan..

gotong royong siapkan apa yang patut..
masing-masing dapat tugasan.
ada yang kena potong sayur...bakar ayam...
masak-masak..macam-macam ada..

majlis nurses day tu kitowang sambut kat
umah puan clinical instructor tersayang..
majlis terakhir kat tempat praktikal..
untuk tahun niey..ALOR SETAR..

''HAPPY NURSES DAY..''


tema nurses day untuk kali niey..
'' closing the gap from evidence to action ''


niey kek buatan membe aku iefa..terbaik la..
memang mavless..


suka sangat-sangat..
huhu..malas nak cerita panjang-panjang..
just nak share pic me and my friend
bila dah masing-masing jumpa kamera.
niey haa...




disebabkan terlalu ramai...kitowang lepak kat
tikar...baru ala-ala picnic kan...


wif puan CI sungai petani yang turut memeriahkan suasana..


pic xsempat nak take action..
ala-ala action kamen tuh..huhu


wif puan CI alor setar..


suma gila kamera...susah-susah..
dengan pokok pown jadi la...




wif puan CI tersayang..



wif lecture mental health kitowang..



sempat lagi berposing walopown nak makan.




play game : pecahkan belon..


also..


musical chair...


rasa terhibur sangat-sangat...
huhu...tamat ja majlis tu..kitowang bersihkan
kawasan..then balik umah dengan
kekenyangan& happy tak terkata.