Followers

HARI PERTAMA BERSAMA SIKECIL DI TASKA!!

ASSALAMUALIAKUM!!

Hai...dah lama rasanya aku xpeduli sama ini blog kusam..huhu
busy!Bukan busy body okey..busy gile..
bajet busy sesangat..
okey..tak busy mana sebenarnya.
tapi bila dah bersara dari jadi penanam anggur tak bermusim nie,
semangat untuk layan lappy pown dah semakin kurang.
almaklum..pagi..kuar kerja...balik pown dah lewat malam.
masa tu kerja kat kedai jamu & kosmetik..
sebulan camtu la bertahan.

then,ada rezeki jadi cikgu taska pulak..
gi interview pagi tu...
tup2 akak empunya taska tu tanya bila boleh start kerja?
ish...memang tak fikir panjang dah la..
terus cakap''kak!hari nie pown boleh..''
akak tu senyum ja masa tu..
hahaha..nampak tak keterujaan aku kat situ..

sweet..suka tengok my gula-gula hati!
comey!!maybe jiwa aku nie serasi dengan keletah
budak-budak niey..tu yang obe eksited masa nak kerja.
tak stress langsung..bila rasa letih..
tengok ja adik-adik cute aku niey
terus sejuk ja hati...

niey ABHAR...adik comey..
badan kecik,suara dia nangis..
makk aii boleh terjaga jiran tetangga...hahaha




niey pulak aleeya harissa!
comey3..''yaya''
geram betol tengok budak kecik ala-ala jepun niyh!



aleeya harissa!!! my bucuk teacher niey...
manja sangat...


niey abg si kecik yaya!! haziq nama dy...
3 tahun...aktif budak niey...
haha..xlarat nak gelak dengan dy.
''ce!ce! cheese..."
punya la nak bergambar...
teacher sampai pening...rupanya cheese tu peace!
adeyhhh..macam2 haziq niey..


majok sebab teacher tak maw snap gambar dy...hehe




baby aleeya... NURIN ALEEYA
senang sangat teacher jaga adik taw..
diam ja..nangis pown bila ngantok ja..
baby paling spesel niey..
nak tido kena buaikan atas tangan teacher!
law tak,jangan harap dy akan tido..



adik ALIF IMAN...manja...

yang niey pulak FIKRI!
fikri niey tak boleyh tengok kalau teacher
riba adik-adik...dy pown nak jugak...hehe..
tak boleh...tak boleh...

comey2 kan...geram pulak tengok budak-budak niey...
rasa cam nak hangkutt suma bawak balik rumah...
tapi tak boleh...haha..anak orang kan..
pa2 pown..aku suka sangat dengan kerja aku yang sekarang.
bab kerja yang sebetulnya..
akan datang la aku fikir.

akan datang aku update lagi..
huhu..


sempena maulidur rasul..meyh kongsi-kongsi

Biodata dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.A.W

BIODATA RASULULLAH S.A.W:

1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)

3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W: 

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’

Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.

bila kerajinan menjelma!

assalamualaikum...

hai!!!!arini tetiba pulak i terajin nak hupdate blog..huhu
ntah nape la..
aku rasa cam busy sangat-sangat sebelum niyh!
huh!dasar budak terlebih iron M!
okey la...sebenarnya aku rajin sangat2 weyh..
ari-ari amek lappy,buka blog!
intai sana..intai sini...
buat aktiviti terjah menerjah..
then,nak tulis sesuatu..
terlupa...
|
v
sign out!

dan..dan...hari niey!
virus M! pergi kau jauh-jauh!!
aku rajin niey..jangan cuba-cuba nak
mematahkan serangan...
majok-majok kang...haaa

okey la...takmo la merapu panjang2..
aku just nak tunjuk sesuatu..
yang aku buat masa aku betul betul betullll
RAJIN!
tadaaa...

aktiviti menghabiskan kertas2 di rumah!

cantik tak???kalau cantik....
meyh2..angkat kening ramai2!
hahaha..melampau..intan gedik okes






okey2...cukup...love untuk suma..
amek sorang satu taw..
intan bg free..lalala


cuti-cuti time...

Assalamualaikum….

Cik gayah a.k.a cik intan senget in da house!!
Waa..lama betoi cik gayah tak hupdate
Blog ku sayang niey..kan??
Bajet busy body yang teramat sangat..
Padahal sibuk dengan urusan
Menternak lemak-lemak tepu untuk
Tumbesaran badan!
Fuhhh!sungguh daku tak rela dengan xtvt seperti itu..
Tapi apakan daya..ku teruskan jua…
Haiipp!!cukup3…jangan nak merapu tak tentu hala
Wahai cik intan!

Okey la…aku serius niyh!
Jangan kedip mata! jangan senyum!
Serius..serius..serius!
Haa….actually aku just nak story mory pasal
Xtvt cuti sekolah yang menyetresskan jiwa daku..
Hahaha…sengal..adik2 cuti sekolah..si kakak
Juga begitu! Menghabiskan masa cuti sementara
Tunggu time adik2 nak beli buku kan..
Time tu koperasi sekolah baru buka,
Baru ada kerja…
Lalala… nak tunggu kerja yang sepatutnya,
Macam lambat lagi nak membuahkan hasil..
So,still waiting for that job!
Kerja cepat la dapat…cepat la dapat…

Dah meroyan sorang-sorang bila fikir pasal kerja..
Sudah..cukup..cukup sudah…hahahaha..

Okey!abaikan soal kerja,
Kita reverse balik ke tajuk buletin utama..
Cita pasal xtvt aku a.k.a cik intan or cik gayah
Or whatever buat bila menjangkau tahap kestresssan
Di waktu cuti!
Selepas dah selesaikan apa yang sepatutnya…
Jeng----jeng----jeng!!!!

|
|
|
V
1) menyanyi melalak tak tentu hala sampai
Mrs mummy cakap aku sewel…

2) ajak adik aku gi jenjalan time weekend..
Sebab time tu ja yang dy ada!
Hari-hari lain terperap kat bilik sampai
Cemuihhh!!

3) ngadap tv sampai naek juling biji mata..
Tak pon dengar radio pastu touching sorang-sorang.
Tu tahap sengal yang melampau..

4) tadaaa…buat origami!
Yang kiut miut!
Bajet yang aku buat niey sangat ohsemm..
Tapi sebenarnya..Cuma sipi-sipi ohsem ja..
Hahaha..mula ferasan sendiri..
syiokkkkk sendiri wooo..
Meyh..jemput tengok yang biasa-biasa ini!



















okey cukup...
daaaa...